02.08.08
just came back from Brunei
Brunei is a very beautiful country. I attended a seminar of Negara Zikir.
I will continous at a later date
Elevating Batik Into A Contemporary Fine Art Form
TMS ART GALLERY . email: tmsart@tmsart.com
Brunei is a very beautiful country. I attended a seminar of Negara Zikir.
I will continous at a later date
Group picture during the exhibition " Fatimah Chik & Emilia Tan " batik art exhibition at SGM Culture Centre Bukit Bintang KL.
on my right,my student Emilia Tan & on my left Madam Ow Yin Peng who is Head of the Women Division, SGM
Datuk Ong Tee Keat at the Launch of Fatimah and Emelia Batik Art Exhibition and Cum Launch of ''MyBatik'' Magazine'

SEJARAH batik di Nusantara termasuk Malaysia dikatakan bermula sejak zaman kegemilangan Kerajaan Majapahit pada abad ke-12 dan proses penyebaran agama Islam di rantau ini.
Pedagang-pedagang dari kerajaan itu dikatakan membawa hasil tenunan batik ke pelbagai wilayah di Asia Tenggara termasuk ke Indo-China sebagai barang dagangan.
Dalam beberapa catatan, pengembangan batik banyak dilakukan pada masa-masa kerajaan Mataram, kemudian pada masa kerajaan Kesultanan Solo dan Yogyakarta.
Jadi kesenian batik ini di Indonesia telah dikenal sejak zaman kerajaan Majapahit dan terus berkembang kepada kerajaan dan raja-raja berikutnya termasuk kawasan-kawasan lain di Nusantara.
Kesenian batik tersebut, secara umumnya menjadi identiti masyarakat Indonesia dan khususnya suku Jawa ialah setelah akhir abad ke-18 atau awal abad ke-19.
Batik mula diperkenalkan di Malaysia khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Sebenarnya istilah tersebut berasal daripada bahasa Jawa tik yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik.
Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.
Batik yang dihasilkan ialah semuanya batik tulis sehingga awal abad ke-20 dan batik cap hanya baru dikenali setelah Perang Dunia Pertama berakhir atau sekitar tahun 1920.
Dalam konteks pembuatan, kesenian batik adalah seni menggambar di atas kain untuk pakaian yang menjadi salah satu kebudayaan keluarga raja-raja Indonesia zaman dulu.
Sejarah awal
Awalnya aktiviti membuat batik hanya terbatas dalam kraton saja dan ianya dihasilkan untuk pakaian raja dan keluarga serta para pembesar. Oleh kerana banyak dari pembesar tinggal diluar kraton, maka kesenian batik ini dibawa oleh mereka keluar dari kraton dan dihasilkan pula ditempat masing-masing.
Akhirnya kesenian batik ini ditiru oleh rakyat jelata dan seterusnya berkembang menjadi pekerjaan kaum wanita dalam rumah tangga mereka untuk mengisi waktu lapang.
Pada peringkat awal, bahan-bahan pewarna yang digunakan untuk mewarnai batik terdiri daripada tumbuh-tumbuhan asli Indonesia yang dibuat sendiri antara lain; pohon mengkudu, tinggi, soga, nila, dan bahan sodanya dibuat daripada soda abu, serta garamnya dibuat dari tanah lumpur.
Namun, kini, motif-motif pembuatan batik menjadi salah satu elemen seni tampak. Corak-corak, subjek dan imej diterjemahkan pada kain mahupun kanvas.
Terbaru, enam pelukis tempatan melontar perspepsi, motif dan imej mengenai batik dalam pameran bersama, Variasi Batik: Imej Tradisi dan Masakini di Galeri RA, Kuala Lumpur hingga 18 September ini.
Pelukis-pelukis yang mengambil bahagian ialah Ismail Mat Hussin, Fatimah Chik, Maslin Md. Ramly, Padil Osman, Rozaman Mohamed dan Harozila Ramli. Kurator pameran ialah Dr. Zakaria Ali.
Dalam konteks ini keenam-enam pelukis ternyata tidak berhenti pada kreasi klasik (tradisional) melalui teknik canting (alat lukis batik tradisional) tetapi juga berus dan medium akrilik serta minyak.
Maslin Md. Ramly seolah-olah melakukan pemberontakan terhadap tradisi yang ada dalam tradisi pembuatan batik dari aspek teknik dan pendekatan. Dia justeru menggunakan kanvas dan berus, bukan canting sebagaimana kebiasaan batik.
Batik diletakkan sebagai wilayah yang unik dan potensial untuk digali serta dijelajahi. Kesenian itu diletakkan sebagai sebuah wacana yang di dalamnya melingkupi idealisme, pola pikir, perilaku, proses serta gagasan.
Beliau menolak nilai batik yang biasa dilihat sehari-hari. Penggunaan motif-motif geometris dan komposisi catan yang beragam sememangnya sesuatu yang tidak lazim sebagai sebuah karya batik.
Di kanvas, justeru penekanan subjek tertumpu pada imej motif-motif dekoratif, ornamental, simbolik yang seolah-olah memperlihatkan pemberontakannya terhadap tradisionalisme dalam batik itu sendiri.
Batik bukan sekadar sebuah persembahan corak dan seni pada tekstil tetapi mampu diaplikasi ke kanvas sama seperti genre-genre lain dalam seni tampak.
Persoalan spiritual
Fatimah Chik pula meneroka persoalan-persoalan spiritual dan keislaman menenerusi simbol-simbol pada kanvas menggunakan motif-motif batik. Di situ sebuah wacana vertikal dan horizontal diketengahkan.
Karyanya beliau seperti Keyakinan Series (Sejadah) merupakan wacana visual tentang keislaman dan nilai-nilai filosofi yang terkandung di dalamnya.
Berbeza dengan karya-karya abstrak dan dekoratif Fatimah dan Maslin, lukisan batik oleh Ismail Mat Hussin sama sekali berlainan. Ia merupakan satu kenyataan realisme tetapi menggunakan teknik pembuatan batik.
Beberapa karyanya seperti Di Tepi Pasar Siti Khadijah merupakan transformasi teknik pembuatan corak-corak batik menggunakan teknik canting kepada seni lukis.
Di tangan keenam-enam pelukis tersebut, batik memasuki suatu perspektif yang berkaitan dengan realiti material yang memiliki sifat gaya hidup masyarakat Malaysia hari ini.
Di satu sisi lain, ada kecenderungan untuk menyerap fenomena cara berfikir kesenian Barat, malah menimbulkan upaya untuk memberontak terhadap elemen-elemen tradisionalisme dalam genre kesenian itu.
Melalui pluralisme seni, keragaman batik sebagai medium untuk menyatakan isu keislaman, kritik sosial dan keindahan dianggap sesuatu yang wajar. Ia ditampilkan konsep, misi, format dan bentuk ekspresi apa pun.
Tidak ada penentu nilai atau kayu ukur bahawa batik dan motif-motifnya hanya sekadar untuk sebuah karya tekstil atau pakaian semata-mata. Inilah yang diketengahkan dalam Variasi Batik: Imej Tradisi dan Masakini.